Isnin, 30 September 2013

Ya , Ukhti...Jauhilah Tabarruj...

Sikap suka menunjuk-nunjuk gambar boleh dikaitkan dengan tabarruj, iaitu suatu dosa yang dianggap remeh oleh masyarakat kita. Apakah itu tabarruj? Suatu persoalan yang perlu dihurai lanjut.

TABARRUJ ialah mendedahkan kecantikan rupa paras sama ada kecantikan itu di bahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain. Al-Bukhari rahmatullah 'alaihi ada berkata:

    “tabarruj, iaitu seorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya”.

Untuk menjaga masyarakat daripada bahaya pendedahan ‘aurat dan disamping menjaga kehormatan wanita dari sebarang pencerobohan, maka dengan yang demikian Allah melarang setiap wanita yang berakal lagi telah baligh dari bertabarruj. Allah s.w.t telah berfirman dalam surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud:

    “Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

Dengan ini jelas bahawa sebarang corak perhiasan di anggota badan atau di pakaian, adalah boleh membawa fitnah. Dengan inilah Allah melarang bermake-up. Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oleh wanita-wanita yang beriman sahaja kerana takut kepada kemurkaan Allah dan seksaan dari-NYA. Berikut pula mari kita renungi firman Allah khasnya yang ditujukan kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

    “Hai isteri-isteri Nabi(a.s), kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kau bertaqwa. Kerana itu janganlah kamu terlalu lunak dalam bicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada perasaan serong di dalam hatinya, tetapi ucaplah perkataan yang baik.” (Al-ahzab: 32)

Daripada ayat ini dapatlah difahamkan bahawa suara lemah lembut adalah sebahagian daripada ‘aurat wanita juga.Kembali lagi kita kepada jenis alat-alat make-up. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

    “Andainya wanita keluar dari rumah serta memakai bau-bauan, maka dia sudah dianggap melakukan perzinaan”

Penggunaan wangi-wangian sembur atau jenis jenis bauan bagi kaum wanita diwaktu keluar dari rumah adalah dilarang, kerana syari’at Islam, apabila melarang perzinaan, maka segala sumber-sumber dan ciri-ciri yang membawa kepada perbuatan keji tadi semuanya juga dilarang.

Ummu salamah ada menceritakan, maksudnya begini:

    “ Asma’ binti Abu Bakar telah menziarahi Rasulullah s.a.w pada suatu hari dengan pakaian yang nipis. Lantas Rasulullah.s.a.w menasihatinya dengan bersabda yang maksudnya :“ Wahai Asma’, sesungguhnya seseorang gadis yang telah berhaidh (baligh), tidak harus baginya menzahirkan anggota badan, kecuali ini dan ini.” Ketika itu, Rasulullah s.a.w mengisyaratkan kepada muka dan kedua tapak tangan.

Sekarang kita khususkan konsep tabarruj ke dalam penggunaan facebook. Jenguklah sebentar ke laman facebook dan lihatlah bertapa ramai muslimah tanpa segan silu meletakkan gambar-gambar memperlihatkan kecantikan masing-masing dengan pelbagai aksi. Macam-macam gaya ditunjukkan, ada yang menunjukkan peace, ada yang membeliakkan mata, memuncungkan mulut dan sebagainya. Apabila bila ditanya apakah motif memperlihatkan gambar sedemikian rupa? Rata-rata akan menjawab sekadar berkongsi kegembiraan, pengalaman dan sebagainya. Namun tidakkah dapat kita berfikir sejenak, memperlihatkan gambar tersebut boleh mendatangkan pelbagai respon dan persepsi ramai. Terutamanya kepada kaum berlawanan, gambar tersebut dapat mendatangkan keghairahan. Jikalah kaum hawa mengetahui apakah kaum adam berkata sesama sendiri mengenai gambar tersebut, nescaya mereka tidak akan meletak gambar sedemikian rupa lagi!

Islam merupakan agama yang menghendaki kita bersederhana. Janganlah berlebih-lebihan meletak gambar gambar yang merupakan AURAT!

Jumaat, 26 April 2013



Diri ini mengamati semua sahabat,
Dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. 
Diri Ini memikirkan tentang semua pakaian, 
Tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa.

Diri ini merenungkan tentang segala jenis amal baik, 
Namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. 
Diri ini mencari segala bentuk rezeki, 
Tapi tidak menemukan rezeki yang lebih baik daripada sabar. 

Khamis, 28 Mac 2013

Tabiat Sipengadu Domba...

                                                                                                                                                                                       Bahana tidak menjaga lidah. Terlalu ramai manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia dan merugikan diri sendiri. Apa yang lebih menakutkan, akibat lidah juga manusia dicampak ke dalam neraka Allah SWT. Na’uzubillah. Mengadu domba ataupun lebih dikenali dengan perkataan lain " sikap suka mengata hal orang lain"  satu dosa besar yang juga disebut sebagai ‘Batu Api atau ‘Mami Jarum’.

Secara terperincinya, mengadu domba merupakan perbuatan yang mengakibatkan persengketaan dan perbalahan antara dua belah pihak. Menyampaikan cerita atau percakapan satu pihak kepada pihak yang lain dengan tujuan yang tidak baik sehingga menimbulkan perasaan tidak senang di hati pihak yang lain, dan akhirnya membawa kepada perselisihan faham antara kedua belah pihak. Ia juga sama dengan menabur fitnah.


Dalam peristiwa Isra‘ dan Mi‘raj, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah menyaksikan segolongan lelaki dan wanita yang memotong satu potongan daging daripada salah seorang dari mereka. Kemudian mereka meletakkan potongan daging tersebut pada mulut salah seorang dari mereka dan berkata kepadanya: “Makanlah sepertimana yang aku makan”. Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam bertanya: “Wahai Jibril, siapakah mereka itu?” Jibril ‘alaihisalam menjawab: “Mereka inilah pengumpat, pencela serta pengadu domba”.


Mengadu domba adalah maksud dari perkataan Arab an-namimah. An-namimah berasal dari perkataan an-namma yang bererti mengeluarkan berita dengan tujuan menghasut. Dalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiah al-Muyassarah, an-namimah bermaksud memindahkan atau menyampaikan berita pada orang lain dengan tujuan yang tidak baik.


Hukum Mengadu Domba


Ulama bersepakat bahawa mengadu domba termasuk antara dosa-dosa besar. Imam al-Ghazzali Rahimahullah menyatakan bahawa mengadu domba adalah dilarang kerana ianya mendedahkan sesuatu perkara yang tidak boleh didedahkan samada perkara itu tidak disukai oleh orang yang mengatakannya atau orang yang mendengarnya atau tidak disukai oleh orang yang ketiga (orang yang dikatakan).


Perbuatan yang dianggap mendedahkan sesuatu perkara itu adalah samada dengan kata-kata atau dengan tulisan atau dengan isyarat atau dengan gerak-geri, samada yang disampaikan itu daripada perbuatan atau percakapan, samada ianya tentang keaiban atau kekurangan pada diri orang yang dikatakan.


Walau bagaimanapun jika dengan menceritakan sesuatu perkara itu mendatangkan faedah kepada orang Islam atau dapat mencegah daripada berlakunya maksiat, maka tidaklah menjadi kesalahan jika dimaklumkan kepada yang lain. Contohnya: jika dia melihat seseorang mengambil harta orang lain, maka hendaklah dia menjadi saksi bagi melindungi hak orang yang empunya harta tersebut. Namun jika tujuan sebaliknya, perkara menceritakan hal atau percakapan orang lain dianggap sebagai mengadu domba.


Balasan Mengadu Domba


Mengadu domba merupakan salah satu daripada dosa-dosa besar kerana perbuatan ini akan mengakibatkan perkelahian antara dua belah pihak. Maka oleh kerana itu Allah Subhanahu wa Taala telah menjanjikan balasan azab yang pedih kepada golongan pengadu domba.


1. Firman Allah SWT yang menggambarkan tentang kecelakaan dan penghinaan bagi pengadu domba :


Tafsirnya: “Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci dan pengeji.” (Surah Humazah: 1)


Penghinaan, azab serta kebinasaan dari Allah Subhanahu wa Taala bagi golongan pencaci dan pengeji. Pencaci dan pengeji menurut Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu: orang yang suka mengadu domba, merosakkan kasih sayang (sesama manusia) dan penzalim yang membuka keaiban (orang lain).


2. Firman Allah Subhanahu wa Taala lagi:


Tafsirnya: “Yang suka mencaci lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk menjahilkan orang ramai).” (Surah al-Qalam: 11-13)


Maksud ayat di atas ialah golongan yang suka mencaci dan menyebarkan fitnah untuk merosakkan orang lain dan ini tergolong di dalam perbuatan mengadu domba. Golongan ini tidak akan memasuki syurga sebagaimana yang diriwayatkan oleh Huzaifah Radhiallahu ‘anhu, bahawa beliau mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:

Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba” (Hadis riwayat Muslim)

3. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari sahabat, Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam berjalan pada suatu tempat lalu mendengar suara dua orang yang sedang disiksa di dalam kuburnya. Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Dua orang (yang berada dalam kubur ini) disiksa, tapi bukan disiksa kerana melakukan dosa besar.”


Baginda Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Ya, salah seorang daripada keduanya itu tidak bersuci dengan bersih setelah berkencing, sementara yang satu pula berjalan (di kalangan manusia) dengan mengadu domba”. (Hadis riwayat al-Bukhari)


Bedasarkan al-Qur’an dan hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam, mengadu domba itu adalah haram dan neraka adalah tempat mereka sebagai balasan daripada Allah Subhanahu wa Taala. Adalah menjadi kewajipan kita untuk tidak melakukan perbuatan tersebut dan menolak jika di datangi oleh golongan yang suka melakukan sedemikian.


Cara Menolak Jika Didatangi Oleh Pengadu Domba


1) Jangan mempercayainya, kerana orang yang suka mengadu domba adalah orang yang fasik. Orang yang fasik ialah orang yang ditolak kesaksiannya (syahadah). Allah Subhanahu wa Taala berfirman:


Tafsirnya: “Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

(Surah al-Hujurat: 6)

2) Melarangnya supaya tidak mengadu domba dan menasihatinya serta mencela perbuatannya itu sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Taala:


Tafsirnya: “Suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah dari melakukan perbuatan yang mungkar.” (Surah al-Luqman:17)


3) Hendaklah membenci perbuatan mengadu domba itu kerana Allah Subhanahu wa Taala. Sesungguhnya perbuatannya itu sangat dibenci oleh Allah Subhanahu wa Taala. Maka wajib kita membenci perbuatannya sebagaimana Allah Subhanahu wa Taala membenci perbuatan tersebut.


4) Janganlah bersangka buruk terhadap sesama saudara dalam Islam yang tiada pada ketika itu. Firman Allah Subhanahu wa Taala:


Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang), kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.” (Surah al-Hujuraat: 12)


5) Tidak perlu memperbesar-besarkan apa yang disampaikan kepada kamu dengan mengintip atau mencari (keburukan) untuk memastikan (apa yang disampaikan), sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Taala:


Tafsirnya: “Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang.” (Surah al Hujuraat: 12)


6) Jangan kamu menerima apa yang kamu sendiri tidak suka dan melarang dari perbuatannya. Dan jangan disampaikan pula cerita tersebut pada yang lain, contohnya kamu berkata: “Si Fulan memberitahu kepadaku begini”. Perkara seumpama ini juga dianggap sebagai mengadu domba dan mengumpat. Maka dalam keadaan ini, kamu sendiri melakukan apa yang kamu sendiri melarang (orang lain melakukannya).


Peliharalah lidah daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh syariat, seperti mengadu domba atau menyebar fitnah kerana ia merosakkan perhubungan sesama insan. Takutlah terhadap balasan mengadu domba itu. Balasannya adalah api neraka sebagaimana yang diperlihatkan kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam pada malam Isra‘ dan Mi‘raj. Buat rakan rakan ku diluar sana,Insaflah,Hentikanlah sikap mengadu domba ditempat kerja,ataupun dimana mana saja,kerana tempat kita berpijak adalah dibumi Allah s.w.t , SEDARLAH!!!PERBUATAN ITU TERANG TERANG TIDAK MENJANJIKAN SYURGA BUAT KITA. 

Jumaat, 1 Februari 2013



Objektif sambutan Maulidur Rasul S.A.W diadakan adalah bagi meraih/zahirkan kegembiraan kita kerana Rasulullah S.A.W diutuskan kepada kita serta kerana Baginda S.A.W, kita perolehi taufiq hidayah-NYA" - (AL-HABIB ALI ZAENAL ABIDIN bin ABU BAKAR AL-HAMID)

Jumaat, 25 Januari 2013

Rahmat Allah s.w.t

                                                     
                                     
                                       1   Rahmat ALLAH SWT
                      99

Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam menguraikan sifat
Al-Rahman dan Al-Rahim Allah s.w.t yang bermaksud :
"Allah s.w.t menciptakan 100 Rahmat,satu Rahmat Dibahagikan Kepada seluruh isi dunia ini,
Sedangkan 99 bahagian lagi akan dibahagikan diakhirat
Iaitu,
( Didalam Syurga (Al Jannah )

                                   Riwayat Muslim,

Secara kasarnya,kesenangan didalam Syurga itu adalah 99 kali Ganda berbanding kesenangan didunia sekarang ini,
Inilah nikmat yang mampu mengerakkan
mukminin dan mukminat memburu baki 
99 Rahmat yang ditahan di sisi-Nya.

Jumaat, 11 Januari 2013

Sahabat Dunia Dan Akhirat.,



Memiliki Sahabat
Yang Sejati Merupakan Satu Anugerah 
Yang Tidak Ternilai,Kerana,,
Sahabat Sejati, Boleh Mewarnai Dan 
Mempengaruhi Kehidupan Kita,
Baik Dari Sudut Kebendaan,Kecenderungan,
Mahupun Tingkahlaku.
Sama Ada Kita Yang Akan Terikut-ikut
Dengan Kecenderungannya,
Ataupun Sebaliknya Dia Akan Terpengaruh
Dengan Kita.



Sifat-sifat Sahabat Yang Mulia.,

Memiliki Akhlak Dan Budi Pekerti Yang Baik,
Seorang Yang Disenangi, Mempunyai Akal Yang Baik,
Berbudi Pekerti Dan Mematuhi Perintah ALLAH S.W.T.
Sering Juga Mengajak Kita Melakukan Kebaikan Untuk
Diri Dan Masyarakat.
Berbicara Dengan Penuh Kelembutan Dan Kesopanan.

Menutup Keburukan Dan Kekurangan Sahabat.,

Baik Semasa Sahabat Ada Ataupun Tiada.
Tidak Menceritakan Keaiban Orang Lain Kepada Sahabatnya
Dan Jika Dia Melihat Sesuatu Yang Tidak Baik Tentang Diri Kita,
Dia Akan Menjaga Aib Tersebut.
Daripada Ibn Abbas,
RASULULLAH S.A.W Telah Bersabda,,

  "Sesiapa Menutup Keburukan Saudaranya,Maka ALLAH S.W.T,
   Akan Menutup Keburukannya Diakhirat"

                          "( Riwayat Ibn Majah )


Mendorong Kita Mencapai Kejayaan.,

Membimbing Kita Mencapai
Keredhaan ALLAH S.W.T 
Didunia Dan Juga Diakhirat.,
Saling Nasihat Menasihati
Berkenaan Hal-Hal Dunia Dan Akhirat.
Bersedia Untuk Menerima Nasihat Dan Menasihati.
Harapan Saya Agar Sahabat-Sahabat Islamku Diluar Sana,
Ataupun Sesiapa Saja,Yang Sedang Membaca Impian Hidup Rahmat,
Marilah Kita Semua Bersama-sama Memperbaiki Diri,
Sedikit Demi Sedikit,Agar Kita Semua Menjadi Insan Yang Berguna,
Dan Agar Kita Meneruskan ,Memperjuangkan Dan Menegakkan Agama Kita,
Tentulah..,
"ISLAM" AGAMA KITA,
"ALLAH S.W.T" TUHAN KITA YANG SATU,
"MUHAMMAD S.A.W"  NABI KITA YANG TERAKHIR.

Semoga Kita Akan Berjumpa Lagi Didalam Impian Hidup Rahmat Kelak,
Akhir Sekali Saya Ingin Mengucapkan Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Rabu, 10 Oktober 2012

Ku Hanya Mengharap Cinta MU...


Udara malam ini...
Menghentakkan diri
Saat jiwa terasing dari dunia nyata...
Tersedar dan termenung,,
Dimanakah jiwa
Sudah kembalikah ke jasadnya,atau masih Di atas sana??
Tiba tak terkira,
Merasakan udara hangat dihati ini...
Saat cintanya merasuki jiwa
Sekian hari sekian waktu kusebut namamu 
Sujud sembah seorang pencinta... Merindukan belaian kasih sayang
ALLAH S.W.T yg Maha penyayang...
Atas nama cinta....
Kuserahkan seluruh jiwa dan ragaku
Atas nama cinta... 
Dalam sejadah ku bersimbah airmata
Atas nama cinta...
Hidup dan matiku ada ditanganMU...
Atas nama cinta...
Yang terukir atas namaMU...
Membawaku melambung tinggi ke angkasa
Dalam mensyukuri
Nikmatmu...
Atas nama cinta Ya Rahman...
Atas nama cinta Ya Rahim...