Selasa, 25 September 2012

Tinta Buat Dirimu...


Andai suatu saat aku hilang daripada pandanganmu,

 Usah kau cari aku kerana aku tidak pernah meninggalkanmu...

 Andai suatu saat aku berhenti menghubungi dirimu,..

 Usah kau gusar kerana aku juga ingin waktu untuk diriku...

 Andai suatu saat aku mengalirkan airmataku,..

 Usah kau usap kerana aku ingin membasuh kekecewaan hatiku.

Namun andai suatu saat engkau hilang daripada pandanganku,

 Aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan untuk dirimu...

 Andai suatu saat kau tersenyum bahagia,..

 Aku juga akan tersenyum gembira melihat dirimu bahagia.

Cuma pesanku...

Jagalah dirimu dan jagalah hati kedua orang tuamu,

Sesungguhnya Merekalah yang menjaga kita,

Sehinggakan Kita membesar dan sihat walafiat...

Janganlah Lebihkan cintamu pada manusia semata,,

Lebihkanlah cintamu pada yang berhak,

Cinta agung hanyalah untuk,

ALLAH S.W.T.....

Semoga kita dapat redho ALLAH S.W.T

Dunia dan Akhirat.....

 Bukan kerana aku membenci dirimu...

 Tapi kerana aku takut aku akan menyakiti hatimu...

Cebisan Rasa...


Aku menulis apa yang ku mahu...

Aku berkongsi sekadar yang termampu...

Aku mencatat apa yang ku tahu...

Aku memang seorang yang pemalu,

Tapi tidak dalam berkongsi ilmu..

Diamku bukan kerana aku buntu...

Senyapku bukanya aku bersetuju

Aku perlu waktu menukar diri pada yang Perlu...

Aku berkongsi apa yang terbungkam di Hati...

Agar hidupku sentiasa memberi erti...

Andaiku pergi...

Biarlah dairi hidupku ini kekal abadi...

Dalam nukilan impian hidup rahmat

InsyaALLAH...

Khamis, 20 September 2012

Buat Pedoman...



Wahai sang muslimah, kuatkanlah keazaman dan tebalkanlah ketabahanmu untuk menghadapi hari muka. Tidak bermakna sekali kau jatuh akan terus jatuh selama-lamanya. Dalam mengharungi kehidupan yang dipenuhi liku-liku jahiliah ini, ku berpesan agar carilah kekuatan buat pelindung dirimu…Sesungguhnya, ilmu itulah kekuatan kita. Doa itulah senjata kita..Teruskanlah gerak kerjamu dalam menggapai cita-cita, nescaya kecemerlangan duniawi dan ukhrawi bakal dijulang.
Kuharapkan dengan cebisan coretan ini mampu mengubat kedukaan yang melanda dirimu…Ku doakan moga Allah menaungi kita semua dengan limpahan nikmat dan kasih-sayangNya…Aminn……

Selasa, 18 September 2012

Aku Lakukan Hanyalah Untuk Allah S,w,t..

Kalau Kita Lihat Diri Kita Dalam Cermin
Siapakah Kita???
Apakah Kita Yang Melihat Cermin Itu???
Atau Kita Yang Dilihat Dalam Cermin Itu???
Lihatlah Diri Kita Pada Hari Ini...
Pernah Tak Kita Soal Apa Yang Kita Buat???
Kenapa Kita Fikir,Apa Yang Kita Fikir???
Kenapa Kita Kejar,Apa Yang Kita Kejar???
Setiap Hari,Setip Saat...
Adakah Kita Bekerja Untuk Memenuhi, 
Keperluan Hidup???
Hanya Untuk Makan Dan Minum,
Pakai Pakaian Yang Mencantikkan Tubuh Badan,
Yang Satu Masa Nanti Akan Menjadi Hidangan Ulat,
Atau Adakah Kita Melakukan Setiap Aktiviti Untuk 
Menuju Tujuan Kehidupan???
Kita Harus Menyeru Diri Kita Supaya Bentuk 
Fikiran,Pemikiran Yang Tepat,Yang Hanya Mencari
Redho ALLAH S.W.T,,,
Bukanlah Penghargaan Manusia,
Jadikanlah Tujuan Kita Hanya Untuk Mendapat Redho ALLAH S.W.T...
Bayangkanlah Macamana Rupa Jenazah Kita 
Apabila Dikafankan,???
Macamana Rupa Muka Kita Bila Dibawa Ketanah Perkuburan???
Adakah Kita Akan Dimasukkan Ketaman Syurga???(Insyakallah),,
Ataupun Akan Dimasukkan Kekawah Neraka???
Jadikanlah Sebagai Satu Renungan,Muhasabahkanlah Diri Kita,
Hentikanlah Diri Kita Sentiasa Melihat Keaiban Orang Lain, 
Mulakanlah Melihat Keaiban Diri Kita Sendiri Dahulu,
"Siapa Yang Melihat Orang Tidak Nampak Diri Sendiri"
"Siapa Yang Melihat Diri Tidak Nampak Keaiban Orang Lain"
Letakkanlah ALLAH S.W.T Didalam Hati Kita,
"Siapa Ada ALLAH S.W.T,Akan Ada Segala-Galanya"
"Siapa Yang Mendapat Kasih Sayang ALLAH S.W.T,
Akan Mendapat Kasih Sayang Manusia, 
Selamilah dan dalamilah Setiap Notaku....

_RAHMAT NGAH_


Sabtu, 15 September 2012

Saat ni tngah petik gitarBest plak petik gitar malam nieTak mcm biasa,well...layan je la...Rindu ngan mama(ahli kuarga di sabah)Macam nak balik je,tp...fikir gak..macam2 kena fikir tau...Whatever...hidup mesti diteruskan...Miss....my big family....Semoga Allah S.W.T menjaga dan memberiKesihatan dan kesenangan untuk ahli kuarga ku...Amin...

Layan perasaan jap..

Dalam hidup ini, tidak semua yang kita ingini akan kita dapat
malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan.
Apalagi bila melibatkan perasaan orang lain.