Jumaat, 22 Julai 2011

Janganlah Bersedih...


Ketika mendapat khabar sedih,,,
kita akan terduduk dan termangu sendirian,,,
Memikirkan nasib diri yang kini dalam kesedihan,,,
Dan perkara yang pasti adalah,,,
Air mata akan berguguran atau hanya bergenangan dikelopak mata,,,
Lumrah bagi setiap manusia pasti akan berasa sedih apabila dirinya,,
Ditimpa musibah dan mendapat tekanan yang mendadak,,,
Serta tanpa diduga sehingga kemampuan diri tidak mampu untuk 
Berhadapan dengan kesedihan tersebut secara sendirian,
Sehinggalah akhirnya berlakulah perubahan pada diri,
Apabila kekuatan yang selama ini menjadi kebanggaan,
Dan benteng diri mula goyah,
Sehingga air mata yang selama ini berbeku,
Menjadi cair lalu bergenangan,,,

Jangan pernah terasa diri sudah tidak berguna lagi,
Apabila suatu masa kita berasa sedih dan menangis,
Kerana menangis adalah fitrah atau sunnatullah,
Yang dikurniakan oleh ALLAH S.W.T,
Kepada manusia,

Setiap manusia sudah pasti pernah menangis,
Sama ada ketika dalam kegembiraan atau ketika dalam kesedihan,
Tidak kira lah manusia tersebut adalah ,
Lelaki mahupun wanita,
Seseorang yang kuat atau lemah jiwanya,
Kerana setiap manusia yang dikurniakan,
Hati dan perasaan,
Sudah pasti  mempunyai perasaan sedih,
Dan tidak mampu menahan tangis,
Ketika ditimpa musibah daripada ALLAH S.W.T,,,

Kita tidak sedar bahawa,
Hati yang mengawal emosi kita,
Jika kita kuat maka kita dapat,
Menunjukkan riak wajah yang kuat dan mampu,
Mengharungi kesedihan dengan tenang dan matang,
Walaupun hati sedang menangis dan kesakitan,
Tetapi bagi seseorang yang hatinya ,
Segala kesedihan yang sedang dialaminya,
Akan tergambar pada wajahnya,
Lahirlah kemurungan pada dirinya,
Dan apa sahaja yang dilakukannya menunjukkan,
Yang dirinya sedang bersedih,
Paling jelas matanya bengkak dan wajahnya sembab,
Disebabkan kesedihan yang tidak tertanggung lagi....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan