Selasa, 25 September 2012

Tinta Buat Dirimu...


Andai suatu saat aku hilang daripada pandanganmu,

 Usah kau cari aku kerana aku tidak pernah meninggalkanmu...

 Andai suatu saat aku berhenti menghubungi dirimu,..

 Usah kau gusar kerana aku juga ingin waktu untuk diriku...

 Andai suatu saat aku mengalirkan airmataku,..

 Usah kau usap kerana aku ingin membasuh kekecewaan hatiku.

Namun andai suatu saat engkau hilang daripada pandanganku,

 Aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan untuk dirimu...

 Andai suatu saat kau tersenyum bahagia,..

 Aku juga akan tersenyum gembira melihat dirimu bahagia.

Cuma pesanku...

Jagalah dirimu dan jagalah hati kedua orang tuamu,

Sesungguhnya Merekalah yang menjaga kita,

Sehinggakan Kita membesar dan sihat walafiat...

Janganlah Lebihkan cintamu pada manusia semata,,

Lebihkanlah cintamu pada yang berhak,

Cinta agung hanyalah untuk,

ALLAH S.W.T.....

Semoga kita dapat redho ALLAH S.W.T

Dunia dan Akhirat.....

 Bukan kerana aku membenci dirimu...

 Tapi kerana aku takut aku akan menyakiti hatimu...

2 ulasan: